kau buka aurat,
bau berbicara manis dengannya,
kau tidak menjaga batas kau bersamanya,
kau tidak menjaga ikhtilat meskipun dia bukan mahram kau.
Jangan kerana restu orang tuamu,
kau boleh berbuat sesuka hati,
jangan kerana restu juga,
aqidah kau terpesong,
jauh dari jalan Allah.
Kau ingat,
pabila kau sudah mendapat restu orang tuamu,
kau dapat berbuat sesuka hati,
kau salah sahabat,
restu orang tuamu tidak dapat menandingi restu Allah,
jika kau ingin mendapat restu Allah,
kau tamatkanlah hubungan terlarang ini dengan dengan ikatan yang sah.
Sunday, 18 March 2018
Saturday, 17 March 2018
JAUH (PUISI)
Dulu,
sewaktu ku mula mengenalinya,
aku baru tahu apa itu erti ketenangan,
kerana aku tahu dia sentiasa bersamaku.
Dulu,
jika ku sedih,
hanya Dia tempat ku mengadu,
Dia datang memujukku,
dengan kalimah-kalimah sucinya,
namun sekarang,
aku mula jauh darinya,
aku mula lupa akan kehadirannya,
aku lupa,
dia sentiasa mengawasiku,
aku menyesal,
kerna aku jauh dari cinta hakiki,
iaitu cinta yang kekal abadi.
Ni merupakan puisi kedua. Jadi ia masih barai. HAHAHAHA
sewaktu ku mula mengenalinya,
aku baru tahu apa itu erti ketenangan,
kerana aku tahu dia sentiasa bersamaku.
Dulu,
jika ku sedih,
hanya Dia tempat ku mengadu,
Dia datang memujukku,
dengan kalimah-kalimah sucinya,
namun sekarang,
aku mula jauh darinya,
aku mula lupa akan kehadirannya,
aku lupa,
dia sentiasa mengawasiku,
aku menyesal,
kerna aku jauh dari cinta hakiki,
iaitu cinta yang kekal abadi.
Ni merupakan puisi kedua. Jadi ia masih barai. HAHAHAHA
RINDU (PUISI)
Rindu
Ku rindukan dia,
Dia yang sentiasa ceria,
Dia yang tiada masalah,
Dia yang suka mempelajari perkara baru,
Dia yang menghormati orang tuanya,
Dia yang disayangi semua orang.
Dia,
Dikala seseorang itu memerlukan bantuan,
Dia datang menghulurkan bantuan.
Dia,
Seorang kanak-kanak,
Merupakan insan yang wujud suatu ketika dahulu,
Aku rindukan dia,
Tolong carikan dia yang lama untukku.
Aku suka sangat menulis puisi sejak tahun lepas. tetiba mood berpuitis datang. Jadi ni merupakan puisi pertama dan ianya agak barai.Segala puisi yang dibuat mengenai isi hati seorang gadis yang lemah(acewah)
Ku rindukan dia,
Dia yang sentiasa ceria,
Dia yang tiada masalah,
Dia yang suka mempelajari perkara baru,
Dia yang menghormati orang tuanya,
Dia yang disayangi semua orang.
Dia,
Dikala seseorang itu memerlukan bantuan,
Dia datang menghulurkan bantuan.
Dia,
Seorang kanak-kanak,
Merupakan insan yang wujud suatu ketika dahulu,
Aku rindukan dia,
Tolong carikan dia yang lama untukku.
Aku suka sangat menulis puisi sejak tahun lepas. tetiba mood berpuitis datang. Jadi ni merupakan puisi pertama dan ianya agak barai.Segala puisi yang dibuat mengenai isi hati seorang gadis yang lemah(acewah)
ASRAMA
Throwback waktu aku form 3.
Terpaksa berpindah dari SM Al- Islah ke SMA Al-Mashoor Al-Islami.
Bila nak dekat bukak sekolah. Abah tiba-tiba bukak pintu bilik pagi tu.
"Dina nak pi sekolah Mashoor dak? Abah dah tanya kawan abah."
Aku terdiam . Waktu tu dah tak fikir apa-apa dah bila abah kata macam tu sebab sebelum ni abah selalu jugak suruh pindah sekolah. Bukan abah ja SATU FAMILY suruh. Sayu hati bila family tak support keputusan sendiri nak sekolah kat islah. Setiap hari isu pindah sekolah selalu dibangkitkan. Balik sekolah selalu dengar:
"Dina pindah sekolah la. Abah, suruh Dina pindah sekolah."
"Dina, Abah dah cari sekolah kat dina. Pondok Pakya tu baguih."
"Dina, Maktab Mahmud Yan tu bagoih."
Pindah
Pindah
Pindah!!!
Sampai dah jemu dengar perkataan pindah.
Asalnya waktu form 3, Abah suruh pindah pi Maktab Mahmud Yan. Borang semua dah siap isi bagai. Tiba-tiba abah suruh pi sekolah dekat mashoor.
Mungkin ada hikmah kena pindah pi mashoor bukan maktab mahmud yan. Lagipun kesian jugak dekat umi dengan abah kena bayar yuran dekat islah. sekolah swasta, sebulan kena bayar RM240.00 (2015),yuran pendaftaran dah RM1000.00. Tak termasuk duit buku,baju.Kalau duduk rumah sewa kena bayar lagi. Masya-Allah boleh bankrap kalau semua anak-anak abah masuk islah. adik-beradik dah ramai. Nak tanggung semua memang kena kerja keras. Kesian umi dengan abah. Astaghfirullah Majdina! suka sangat susahkan umi abah.
Masa abah kata suruh pindah mashoor tu lagi berapa hari ja lagi nak bukak sekolah. Bayangkan, dalam berapa hari tu kena settle semua benda. dari baju sekolah, kelengkapan asrama (selama ni sekolah harian) semuanyalah kena settle. Memang kalut!
Malam sebelum nak pergi asrama cepat-cepat siap barang. Mintak tolong Wadah kemas barang asrama sebab tak pernah duduk asrama jadi taktau nak bawak apa. Nasib wadah sudi membantu. Thanks wadah walau selalu menyakitkan hati.hehehe.
...................................................................................................................................................................
keesokannya pada awal pagi aku, umi dan abah bersiap-siap pergi ke asrama. Sebelum tu aku mintak izin pada abah untuk singgah islah dahulu sebelum pergi ke sekolah baru atas alasan nak bagi pendrive Jazmina. Sampai sahaja di islah aku terus bergegas ke kelas rakan-rakanku. Semua terkejut melihat aku kerana melihat aku memakai baju sekolah berkain biru sedangkan baju rasmi islah berkain hijau (aku memakai baju sekolah disebabkan tiada baju batik). Hanya beberapa orang sahaja yang mengetahui aku ingin pindah sekolah sebelum ini. Semua datang mengerumuni aku. Berbagai soalan ditanya.
"Weh, hang pindah sekolah ka?"
"Weh Maj, novel hang macam mana? aku tak pulangkan lagi."
"Weh Maj, hang pindah sekolah mana?"
Satu demi satu aku menjawab soalan mereka. Paling tidak tahan soalan anis mengenai novel. Masa yang sangat mencemburui waktuku bersama kawan-kawan di islah menyebabkan aku terpaksa pergi ke kereta semula. Pilu hati ingin meninggalkan mereka semua. Susah senang semuanya sudah dilalui bersama. Kemudian kami meneruskan perjalanan ke asrama. Perjalanan yang agak lama kerana jarak yang jauh diantara sungai petani dengan balik pulau. Sampainya aku di mashoor aku terpegun melihat kepada suasana disana. Masya-Allah sungguh cantik. Padang yang luas, Asrama yang cantik dan suasana yang lapang. Abah mengajak aku memasuki asrama. Aku tiba disana pada pukul 2.30p.m menyebabkan tidak ramai kelihatan pada waktu itu. Ketika itu, perasaan takut,gelisah,gemurah datang.
"Abah, betoi ka adik dapat sekolah ni? ni kan sekolah budak pandai." Aku bertanya pada abah.
"laa..Abah dak bagitau ustaz Rasyid. Satgi pi jumpa ustazah Aida nak daftar."
Dengan perasaan gemuruh aku bersama abah memasuki asrama baru.
Cantik!
Tanggapan pertama aku pada tempat baru yang aku perlu tinggal. Selapas berjumpa dengan ustazah Aida dan selesaikan segala urusan.Ustazah menyuruh aku melihat nombor dorm di papan kenyataan. Mata meliar mencari namaku. Akhirnya! dorm 52.Alhadulillah sekurang-kurangnya terdapat seorang ahli dorm yang sebaya denganku. Nurul Husna Binti Mazlan. Dormmate pertamaku dan kamilah senior di dorm tersebut. Kemudian, aku bersama umi dan abah menuju ke dorm 52. Di tingkat atas sekali. Sesampainya di hadapan pintu dorm aku gelisah. Namaku tiada pada senarai dorm.
"Umi, awat nama adik takdak dalam dorm ni?"
"Aik tadi Dina tengok nama dina ada dekat dorm mana?"
"Dorm ni laa."
Kemudian ayahku tiba-tiba mencelah."Betoi dah dor ni. Memang takdak nama dina sebab nama kat sini dah tampal awai-awai.Masatu tak bagitau lagi kata nak pindah mai sini."
Aku mengangguk. Masuk sahaja kedalam dorm tersebut aku terpegun kembali.
Luas!
Bilik besar yang hanya menempatkan 5 katil dan 6 loker. Dan sekali lagi aku mengeluh.
"Umi, kita mana bawak almari lain. Loker ni mana muat adik nak sumbat semua barang."
"Umi pon taktau yang boleh bawak almari. Satgi kita singgah la cari kedai mana yang juai almari."
Selesai sahaja meletakkan barangku di tempat. kami keluar untuk makan sambil mencari kedai yang menjual almari.Kehulur-Kehilir kami mencari kedai. Pening mencari kedai. Akhirnya umi memujukku.
"Takpalah, sekarang ni dina letak dulu baju-baju dalam beg. Esok umi dengan abah pi hantaq almari dekat dorm."
Pasrah tidak dapat mencari almari baru akhirnya aku setuju. Kemudian kami pergi semula ke asrama. Umi menemani aku ke dorm. Selesai aku dan umi menguruskan barang-barang kami turun semula mencari abah.
"Esok kami mai sini balik nak selesai pendaftaran dina. Nanti almari umi letak dekat sebelah loker dina. Malamni takbalik sungai petani lagi. Kami tidoq dekat hotel tabung haji. belajaq elok-elok, Jaga akhlak, Solat jangan tinggai ." umi mensihatiku.
"Duit abah bagi cukup dak?" Abah bertanya kepadaku. Duit sebanyak RM 65.00 diberi.
"cukup kot."Aku membalas.
Kemudian kereta navara milik ayahku berlalu pergi mennggalkanku. Kulihat kereta ayahku sehingga hilang dari pandangan. Tiba-tiba perasaan sedih datang menerpa diri. Ku buang jauh perasaan ini. Dengan azam yang baru aku jejakkan kembali ke dalam asrama. Maka bermulalah kisah hidup Majdina Afiqah di asrama ini.
Subscribe to:
Posts (Atom)
English cover Ysabelle (The truth untold BTS)
LYRICS: I wake up in a castle, In a blossoming garden, Feeling so lonely, Mmm I hung myself in this mess filled with thorns Tell me what...
-
LYRICS: I wake up in a castle, In a blossoming garden, Feeling so lonely, Mmm I hung myself in this mess filled with thorns Tell me what...
-
kau buka aurat, bau berbicara manis dengannya, kau tidak menjaga batas kau bersamanya, kau tidak menjaga ikhtilat meskipun dia bukan m...
-
okeh...ni saja nk cerita hari khamis beberapa bulan yang lepas. time tu saja blik awal sebab tak mau nk kalut naik bas jumaat nanti. hari tu...