Sunday, 9 December 2018

dugaan hidup

okeh...ni saja nk cerita hari khamis beberapa bulan yang lepas. time tu saja blik awal sebab tak mau nk kalut naik bas jumaat nanti. hari tu mmg dugaan sgt2...okeh cerita dia mcmni.

Masha Allah waktu memang kalut sangat2 sebab asalnya memang nak balik awal tapi tiba-tiba ustaz
Rasyid nak jumpa kami semua plus nak jumpa pelajar yang mintak balik. waktu tu semua tertanya
ustaz Rasid nak cakap apa. Takut pun ada kalau-kalu ustaz Rasyid tarik balik kebenaran balik. Ustaz
Rasyid nak jumpa sebab nak cakap mengenai nadwah kebangsaan nanti sebab hari jumaat ni budak2
nadwah nak mai tidur dkat asrama kami. Adalah dalam beberapa dorm yang kena dan dorm aku
termasuk sekali. pukul 3.30 aku dengan pqah dah keluar dari surau pi balik asrama nak kemas
barang. lepas masuk asrama tu memang jadi usain bolt terus pi dekat dorm. memang kalut sangat
sebab waktu tulaaa nak kemas barang, kutip baju di ampaian, kalih rak, drawer semua, baru nak iron
niqab waktu tuh. lepastu kalut nak pi sekolah kejap cari surat kebenaran dekat meja una. Keluar
dorm tuh memang ramai la yang pandang sebab berniqab. memang ramai la yang tak kenal
termasuklah batch aku sendiri hahahaha. pi sekolah cari-cari surat kebenaran hajar kata una dah
bawak balik dah. perghh time tuh memang rasa penat sangat-sangat sebab kalut pi sekolah. lepastu
malas dah nak ambil kira pasal surat kebenaran terus cari pqah. cari dia kat dorm semua ahli dorm
terkejut la jugak sapa tengok aku. lepas dengar suara memang dapat kenal la suara aku ni. lepas
dapat jumpa pqah terus kami pi kat stesen bas. waktu keluar tuh, pqah ja yang bagi surat kebenaran
kat pakguard. Nasib pakguard tak panggil aku. sebab time tu pon ramai la jugak budak laki yang
balik sekali. pqah ada kata time berjalan nak pi stesen bas.

"Weh maj, asalnya tadi aku tak kenal hang pon. aku ingat sapa lah tadi."

hahahaha...memang semua tak kenal pon. waktu nak keluar pagar asrama aspuri tadi ada dengar
orang panggil ..kalih belakang rupa-rupanya pakney dengan sabrina. depa pakat dok main teka sapa
aku. memang lawak. kalih ja belakang bila dengar nama aku disebut sab kata

"haaa, kan betoi aku kata. tu maj."

pakney membalas." haa lah weh...alhamdulillah akhirnya ada jugak dikalangan batch kita
yang berniqab."

asalnya aku agak takut untuk berniqab kerana takut dengan pandangan orang lain terhadap aku.
Alhamdulillah ada yang positif. berbalik pada sambungan cerita aku dan pqah berjalan
sampai depan barakah tiba-tiba adik kazat, atikah yang berada didalam kereta memanggil kami.
emak kazat menawar kami untuk menghantar kami sampai ke jeti. Alhamdulillah hanya Allah yang
tahu betapa leganya hati bila dipelawa hantar sampai ke jeti sebab waktu tu memang tengah pening
kepala dengan nanti nak kena naik bas sekali dengan laki maahad. Tapi malu pun ada nak tumpang
mereka. akhirnya kami ditumpang sehingga ke jeti. sesampainya kat jeti masya Allah mak kazat bagi
kami sorang RM5. Allahu, memang rezeki kami waktu tu. sampai dekat tempat tunggu ferry kami
terserempak dengan izzah, junior form 2. kami bersama naik ferry ke butterworth. kami berpisah
ketika sampai di butterworth. aku terus ke surau untuk menunaikan solat asar dan berehat seketika
untuk meredakan pening kepala. sekitar jam 6 aku pergi ke stesen bas. bas yang aku perlu naiki ialah
EB60 untuk pergi ke sungai petani. tapi waktu tu aku tak sedar yang aku ternaik bas EB80 (bas ke
parit buntar). aku perasan aku tersalah bas selepas lebih setengah jam naik bas tersebut. Allahu.
Waktu memang tak tahu waktu tuh naik bas apa dan bas ni pergi mana. waktu tu dah pukul 7. tak
tahu nak buat apa, fon dicapai. aku terus call ummi.

"hello assalamualaikum Umi, err (lihat papan tanda) nibong tebal jauh tak dari sp?"

"waalaikumussalam,jauh laa...awat?"

"err..dak macam ni umi..err adik salah naik bas."

"Astaghfirullah...tak tengok dulu ka sebelum naik?"

"time tuh adik pening ..mana nak tengok sangat."

"pakcik driver tak kata apa ka waktu naik tuh?"

"adik bukan tanya apa2 pon terus bagi duit kat dia. dia pon tak kata pa."

"ish laa..lani tanya orang."

"hurm.. takpalah umi..Assalamualaikum."

terus ku tekan end call. buntu memikir, akhirnya aku membuat keputusan untuk menunggu sehingga
tiba ke destinasi akhir. sesampainya aku di stesen bas parit buntar sekitar jam 7.30. umi suruh
bertanya pada orang lain. namun biasalah, majdina apabila waktu penting-penting macam ni pun
masih malu bertanya pada orang lain. nafas ditarik. fuhhhh... surau kucari. kalau ada masalah
mintalah pertolongan Allah. doa supaya dipermudahkan segala urusan. waktu tu memang rasa nak
nangis bila tengok tak ada bas ke sungai petani. tapi aku kata dalam diri, apa gunanya kalau
menangis? masalah tak kan selesai pon. tiba-tiba seorang pakcik yang aku anggar dalam
lingkungan umur 50 menegur aku ketika sibuk mencari bas ke sp dan surau.

"adik nak pergi mana?" 

"err...nak naik bas."

"ouhhh...nak pergi mana?"

"nak pi sp. tapi mungkin naik bas pi butterworth kot."

"ouhh..dok sini kat mana?"

"tak..err macam nilah pakcik saya salah bas.. nak pi sp sebenarnya. ni yang nk pi butterworth balik sebab bas pi sp takdak." akhirnya aku jujur.

"ouhh..satgi adalah tu bas dalam pukui 8.15 nanti."

"haaa..tulah"

"haa okeh,saya pergi dulu..hati-hati"

"okk..maseh pakcik."

sebenarnya aku kurang selesa dengan pakcik itu kerana pandangannya dan dia banyak bertanya.
kemudian langkah ku tuju ke salah satu tempat membeli tiket bas. ku tanya kepada kakak yang
menjaga di kaunter tiket dimana surau dan turut menanyakan kalau ada bas ke sp. kakak tersebut
memberitahu aku dimana surau dan katanya disini tiada bas ke utara, kalau nak pergi terpaksa naik
bas ke butterworth kembali. jam ditilik seketika. 7.50. masih sempat untuk solat maghrib. dengan
langkah yang laju ke tuju ke surau. selepas solat, aku terus ke stesen bas semula. kemudian aku naik
yang ku sudah naiki petang tadi. langkah kutuju ke tingkat atas, tempat kebiasaan apabila menaiki
bas 2 tingkat. namun terasa seram pula apabila melihat hanya aku sahaja yang berada di tingkat atas. t
terus langkah ku tuju ke tingkat bawah dan duduk di seat depan sebelah kanan. ku lihat beberapa
pakcik. Allahu..pakcik yang sama yang menegur aku tadi ada. dan dia duduk di seat sebelah kiri.
selepas rakannya keluar dari bas, dia melihat tabletnya. tiba-tiba ku terdengar suara perempuan
di seat yang agak belakang. ku terus menoleh kebelakang. namun perasan akan renugan pakcik
itu aku terus mengalih ke depan semula. sambil mendengar lagu di earphone, aku pura-pura tidur
berharap pakcik itu menganggap aku tidur. tiba-tiba umi call. terus ku jawab panggilan umi.

"hello,assalamualaikum."
"ha,waalaikumussalam..lani dok mana dah?"
"adik dah naik bas pi butterworth."
"haa..takpalah..satgi sampai sana cari bas pi sp ada ka dak lagi."
"haa...okk"
"umi memang tak boleh ambil dina kat sana. Kalau takdak bas dina pilaa tumpang rumah sapa-sapa."

Sebak rasa bila umi kata tak boleh ambil. Dahla taktau sapa yang duduk dekat butterworth. Tiba-tiba pakcik tadi menegur.

"Tadi sapa yang call?"
"errr..umi"
ouhh..awak asal mana?"

Gulp!
Kenapa dia ber 'awak' dengan aku ni. Tadi ok ja panggil adik
Dahtu kenapa tanya soalan yang sama.



okeh nanti sambung len. Nak cerita memang jenoh.

English cover Ysabelle (The truth untold BTS)

LYRICS: I wake up in a castle, In a blossoming garden, Feeling so lonely, Mmm I hung myself in this mess filled with thorns Tell me what...